♥ This is a simple notes about my life, my thoughts and my feelings. ♥

Saturday, June 21, 2008

Jerman mara ke separuh akhir..Yeay!

| |

BASEL, Switzerland - Jerman mara ke separuh akhir Kejohanan Bola Sepak Eropah (Euro) 2008 selepas Portugal menempah kemusnahan sendiri dalam perlawanan suku akhir yang mendebarkan dengan lima gol di sini, kelmarin.

Jaringan Bastian Schweinsteiger, Miroslav Klose dan Michael Ballack membolehkan anak didik Joachim Loew menang 3-2 untuk menempah pertemuan separuh akhir dengan sama ada Croatia atau Turki.

Nuno Gomes dan Helder Postiga membalas untuk Portugal tetapi mereka sentiasa ketinggalan dan hanya seketika tampak seperti mereka mampu meraih penguasaan perlawanan yang disebut-sebut akan dimenanginya.

Kebimbangan terburuk jurulatih Portugal, Luiz Felipe Scolari terbukti apabila Cristiano Ronaldo, Deco dan baki tonggak serangan menarik Portugal teruk dihampakan oleh pertahanan dan penjaga gol yang lemah yang menyumbangkan ketiga-tiga gol Jerman itu.

Scolari, seperti yang diumumkan menjelang perlawanan, menggunakan barisan pemain yang telah menewaskan Czech dan Turki dalam dua perlawanan pembukaan mereka.

Jerman sebaliknya, menampilkan perubahan dengan Lukas Podolski satu-satunya anggota bahagian tengah yang kekal dalam slot serupa yang didudukinya ketika menang 1-0 ke atas Austria untuk meraih tempat suku akhir mereka.

Schweinsteiger kembali daripada penggantungan di sebelah kanan tempat Clemens Fritz, Ballack dinaikkan ke depan di samping Klose dengan Mario Gomez digugurkan ke bangku simpanan manakala Thomas Hitzlsperger dan Simon Rolfes berganding di tengah kerana ketiadaan Torsten Frings yang tercedera.

Permulaan Portugal cukup membawa harapan. Bermula dari kiri, Ronaldo dengan pantas mendapat bola daripada bek kanan Arne Friedrich walaupun sepakan lintang dengan mudah disambut oleh Jens Lehmann.

Jose Bosingwa melakukan lebih baik dari sayap bertentangan, merembat bola berbahaya ke garisan enam ela yang dilepaskan oleh Nuno Gomes selepas 10 minit dan Joao Moutinho wajar membawa pasukannya mendahului 10 minit kemudian.

Menanduk satu lagi lintangan Bosingwa, pemain tengah itu mengubah fikiran dan akhirnya melantunkan bola tinggi dari garisan enam ela.

Jerman memiliki penguasaan awal tetapi Portugal yang seperti mampu menjaringkan gol sehingga kehilangan tumpuan Paulo Ferreira memberikan Jerman, gol pendahuluan.

Gerakan satu dua dengan Ballack mengirim Podolski jelas ke kiri dan larian deras Schweinsteiger ke tiang berdekatan, memerangkap benteng Chelsea yang mati langkah, memberikan bintang Bayern Munich itu, jarak yang dikehendakinya untuk menyambut lintangan rendah dengan rembatan awangan sejauh enam ela.

Empat minit kemudian, pertahanan bersama kawalan gol yang lemah membawa Portugal merana lagi. Menerima tandukan bebas daripada sepakan bebas sungkitan Schweinsteiger, Klose menujukan bola hampir terus kepada Ricardo tetapi dia terjatuh ke belakang dan gagal menghalangnya.

Harapan Portugal kembali hidup dengan baki tiga minit apabila Nani mengumpan lintangan di mana rakan pemain gantiannya, Helder Postiga menanduk melepasi Lehmann.

Namun Jerman bertahan sepanjang empat minit masa kecederaan tanpa memberi sebatang ruang.


p/s : xde idea nak tulis..Bz memikirkan dan melakukan manyak mende..hanya mampu mencuri petikan akhbar..hehe.. ape pon Syabas German! hahaha..

0 komen:

top