| Switzerland | Portugal | |
Manakala, perlawanan antara Turki ngan Republic Czech plak..Turki da layak masok ke QF lepas mengalahkan Czech, 3 - 2.. Perlawanan mmg sengit beb! Walaupon pada babak pertama Czech mendahului..hasil jaringan Jan Koller pada minit ke 34..kedudukan 1 - 0 kekal sampai abes babak pertame..kemudian babak kedua lagik skalik Czech jaringkan gol..kali neh dr Jaroslav Plasil pada minit ke 62.. Wah..makin terok Turki pny tekanan.. haha.. Tp turki teros menyerang..pada minit ke 75 Turki berjaye bg gol gak..jaringan Arda Turan.. Bagos! Then saat akhir pada minit ke 88, Nihat Kahveci plak menjaringkan gol..yang x boleh blah nye..hepi x abes lagik..setelah menyamakan kedudukan ngan Czech..lagik skalik Nihat Kahveci jaringkan gol..gol neh x sampai 2 minit dari gol sebelumnya iaitu pada minit ke 89.. Masak la ko Czech...hahaha.. Sampai abes perlawanan, Czech x bejaye gak jaringkan gol..jadi Turki layak ke QF! Syabas!
| Turkey | Czech Rep. | |
Petikan Dari BERITA HARIAN:
Turki melakukan lonjakan terhebat pada pertandingan antarabangsanya apabila mencipta tiga jaringan dalam masa 15 minit bagi menewaskan Republik Czech 3-2 pada saingan Euro 2008, awal pagi ini.
Keputusan itu sekali gus membolehkan pasukan bimbingan jurulatih, Fatih Terim itu melangkah ke suku akhir selepas ketinggalan 62 minit hasil jaringan Jan Koller dan Jaroslav Plasil.
Bagaimanapun, dua kesilapan yang tidak sepatutntya dilakukan Petr Cech, salah seorang penjaga gol terbaik dunia, membolehkan Turki menyamakan kedudukan.
Gol pembukaan Turki hasil sepakan Arda Turan pada minit ke-75, diikuti kapten Turki, Nihat Kahveci tiga minit selepas itu untuk mengikat kedudukan 2-2.
Satu lagi kesilapan pertahanan Czech menyaksikan tendangan 25 meter Nihat menggegar jaring.
Republik Czech cuba bangkit sehingga penjaga gol Turki, Volkan Demirel dilayangkan kad merah melepas mengkasari Koller.
Turki yang bersama lapan pasukan ke suku akhir akan bertemu Croatia di Vienna, Jumaat ini.
Namun, mereka akan kehilangan khidmat Volkan dan Mehmet Aurelio yang digantung satu perlawanan, selepas dilayangkan dua kad kuning.
"Saya harus mengucapkan tahiah kepada pemain saya dengan prestasi yang hebat ini. Pemain kami akan meraikan kemenangan ini dan begitu juga seluruh rakyat Turki. Perlawanan ini akan diingati sampai bila-bila," kata Terim.
"Untuk kalah dalam keadaan amat penting ini adalah menyedihkan. Jika kami mampu bertahan untuk empat minit lagi keadaan berpihak kepada kami dengan 2-1.
"Kami melakukan kesilapan pada gol kedua dan ketiga lawan," katanya.







0 komen:
Post a Comment